PILIHAN RAYA UMUM KE-13

Cacing Inspirasi Pencipta Muda

PETALING JAYA: Cacing, statistik kemalangan motosikal dan bil elektrik yang semakin meningkat menjadi sumber inspirasi kepada pencipta yang cemerlang di Pameran Rekacipta Kejuruteraan dan Inovasi (Einix) 2012.

Pelajar jurusan kejuruteraan kimia, Lok Chen Chuang dan Muhammad Shafiq Mohamed Ariff membawa pulang hadiah utama RM3,000, pingat dan sijil selepas mencipta 'Bateri Vermi' yang menggunakan kaedah Vermicomposting untuk menjana tenaga.

(Vermicomposting melibatkan penggunaan cacing untuk memecahkan bahan-bahan seperti sayur-sayuran yang dibuang, makanan dan sisa organik lain.)

Lok, dari Universiti Teknologi Petronas berkata, mereka menggunakan cacing 'Night Crawler Afrika' untuk membantu mengubah sampah menjadi tenaga bagi Bateri vermi mereka.

"Kami dapat menghidupkan jam kuasa, kalkulator dan kereta kawalan jauh mini dengan Bateri vermi kami. Kami ingin berkongsi teknologi ini di kawasan luar bandar kerana ia adalah sangat mudah untuk dilakukan," katanya selepas majlis penyampaian hadiah pada Ahad lalu.

Sementara itu pensyarah kejuruteraan elektrik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Mohd Farriz Md Basar meraih dua hadiah bagi tempat kedua dan ketiga selepas mencipta Vest Keselamatan Pintar Motosikal (SMS-V) dan Pico-hydro.

Mohd Farriz berkata kadar kemalangan yang tinggi membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal di kalangan orang muda menjadi ilham kepanya untuk mencipta vest LED.

"Lampu merah dan oren pada jaket akan bertindak balas bersama brek penunggang motosikal atau lampu isyarat kenderaan. Jaket ini dilengkapi alat penerima gelombang, manakala pemancar berfungsi di bawah tempat duduk motosikal," katanya.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel