Header
Utama Berita & Info Resipi Ramadan Bazar Ramadan Tazkirah E-Kad Ucapan Personaliti
September 1, 2010
Muhyiddin Berbuka Puasa Bersama Yadim Dan NGO Islam PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasminya, Sri Satria di sini.
 
Lebih 100 Kanopi Polis Ditempatkan Di Laluan Berbahaya KUALA LUMPUR: Lebih 100 buah kanopi polis akan ditempatkan di laluan-laluan berbahaya di seluruh negara bagi mewujudkan gambaran kehadiran polis kepada pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.
 
Polis Trafik Mulakan Tugas Seawal 4.30 Petang Sepanjang Ramadan KUALA LUMPUR: Anggota polis trafik akan membuat kawalan lalulintas lebih awal daripada biasa sepanjang bulan Ramadan ini dalam usaha mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.
 
1,000 Warga miskin DUN Kuala Nerang Terima Sumbangan KUALA NERANG: Seramai 1,000 orang miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang hari ini menerima bantuan Hari Raya sumbangan Umno bahagian Padang Terap bernilai RM100,000.
 
Ops Sikap Dilancar Di Pahang KUANTAN: Ops Sikap ke-22 d negeri Pahang dilancarkan hari ini di Plaza Tol Gambang di sini yang mahu menyaksikan kadar kemalangan jalan raya terutama yang membabitkan kematian dapat dikurangkan.
 
August 31, 2010
PM Hadir Majlis Tahlil Merdeka dan Buka Puasa PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menghadiri majlis tahlil merdeka dan berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 anggota beruniform dan veteran Umno di Masjid Putra di sini pada Selasa.
 
MB Perak Belanja Sakan Beli Pakaian Anak Angkat IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berbelanja sakan apabila membawa 103 anak angkatnya membeli pakaian raya di sebuah pasar raya di sini.
 
August 29, 2010
Pasar Tani Fama Di Seluruh Negara Bagi Persedian Raya SHAH ALAM: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mewujudkan 130 kawasan pasar tani di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai membeli keperluan sebagai persediaan menyamhut Hari Raya.
 
August 28, 2010
Geran Hak Milik Tanah Hadiah Aidilfitri IPOH: Kedatangan 1 Syawal yang bakal disambut kira-kira 10 hari lagi pasti merupakan Aidilfitri yang amat bermakna kepada penerima geran hak milik tanah secara pajakan bagi tempoh 99 tahun di kawasan Ulu Chemor dan Klebang Tambahan di sini yang beragama Islam selepas menunggu berpuluh-puluh tahun.
 
Lebih 2,000 Anak Yatim Di Perlis Terima Sumbangan Raya KANGAR: Sebanyak 2,578 anak yatim di seluruh negeri Perlis hari ini menerima sumbangan berjumlah RM257,800 untuk membolehkan mereka membuat persiapan menyambut ketibaan Aidilfitri.
 
200 Masyarakat Berbilang Kaum Di Majlis Berbuka Puasa Tmn Pulai Impian SEREMBAN: Majlis berbuka puasa di surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini malam tadi berlangsung dalam suasana ceria dan mesra.
 
August 27, 2010
Muzium Negara Anjur Majlis Buka Puasa KUALA LUMPUR: Jabatan Muzium Malaysia hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bersama lebih 40 anak yatim, 120 pelajar dan pengamal media di Muzium Negara di sini.
 
Sultan Selangor Buka Puasa Bersana Penduduk Kg Bagan Terap SABAK BERNAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama rakyat jelata di Masjid Al-Mujahidin, di Kampung Bagan Terap di sini.
 
Sumbangan Kerajaan Kepada Petugas Awam Mampu Jana Ekonomi Negara TASEK GELUGOR: Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan membantu negara meningkatkan penggunaan domestik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
 
Kesesakan Bukan Halangan Membeli Belah KUALA LUMPUR: Cuti umum sempena sambutan Nuzul Quran di Selangor hari ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di ibu negara terutama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menempatkan pelbagai pusat membeli-belah.
 
 
Waktu Puasa
E-Kad