Header
Utama Berita & Info Resipi Ramadan Bazar Ramadan Tazkirah E-Kad Ucapan Personaliti
Kuey Teow Vietnam Dengan Daging Lembu
 
 
Bahan-Bahan
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar Kicap Manis Heinz ABC
- 3 sudu besar sos ikan Thai
- 1 sudu besar minyak bijan
- 300 gm daging lembu batang pinang - dihiris nipis
- 4 sudu besar minyak masak
- 5 ulas bawang putih - dihiris nipis
- 5 biji cili padi - ditumbuk
- 1 paket kuey teow
- 200 gm kucai Jepun/Hong Kong
- 50 gm tauge
 
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, goreng bawang putih dan cili padi hingga naik bau. Masukkan daging lembu, goreng sehingga setengah masak.
  2. Campurkan kuey teow dan teruskan menggoreng hingga 2-3 minit, masukkan semua jenis sos yang dicampurkan dan goreng hingga kering.
  3. Campurkan kucai dan tauge, goreng selama seminit lagi. Hidangkan dengan segera.
 
Waktu Puasa
E-Kad