suria

Konsert Pretty Ugly 25 Februari, rai ulang tahun ke-21 dalam industri muzik

Konsert Pretty Ugly bersempena ulang tahun yang ke-21 bakal berlangsung pada 25 Februari.

KUMPULAN terkenal Pretty Ugly bakal membuat ‘comeback’ persembahan konsert solo bersempena ulang tahun mereka yang ke-21 tahun dalam industri muzik.

Konsert anjuran CD Bagasi Music tersebut bakal diadakan pada 25 Februari 2023 bertempat di The Paddock PJ, Kelana Jaya, Selangor pada pukul 8 malam.

Pretty Ugly yang popular dengan lagu Diari Seorang Lelaki dan Jika Diberikan Ku Satu Peluang akan membawa sebanyak 21 lagu pada malam konsert solo tersebut.

Selain itu, dua kumpulan yang dipilih sendiri oleh Pretty Ugly iaitu Late Night Frequency dan Banyakbunyirepublik akan menjadi artis jemputan kerana minat pada konsep muzik yang mereka bawa.

Konsert tersebut akan diadakan di The Paddock PJ.

Kumpulan Pretty Ugly juga akan mempersembahkan lagu hit Allahyarham Siti Sarah, Jangan Kau Mimpi dalam versi mereka tersendiri sebagai segmen penghormatan khas mereka kepada arwah.

Tiket konsert telah pun mula dijual di Uber Tickets dengan harga RM90 untuk Early Bird, harga normal RM110 dan RM150 untuk di kaunter tiket lokasi konsert.

ARTIKEL BERKAITAN: Pretty Ugly kecewa lagu kena ‘banned’ dalam senyap gara-gara perkataan ‘bongok’

ARTIKEL BERKAITAN: Rai peminat di Malaysia, Blue adakan konsert sempena ulang tahun ke-20 Februari depan

Peminat yang membeli tiket di lokasi dikenakan caj berbeza iaitu RM150 dan para peminat boleh menghadiri sesi meet & greet bersama ahli kumpulan Pretty Ugly hanya membayar tiket berharga RM190.

Konsert ini juga merupakan usaha 're-branding' Pretty Ugly untuk memberitahu para peminatnya yang mereka masih aktif berkarya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain