AGAMA

Terengganu Tubuh Institusi Khat

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah institut seni khat, dikenali Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.

Pengarah Urusan Taman Tamadun Islam Sdn Bhd (TTIMSB) Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata operasi institut akan dikendalikan secara bersama oleh TTIMSB, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Institut Quran Terengganu (IQT).

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman akan diadakan pada 14 Sept ini sempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIF) 2012, katanya ketika dihubungi, di sini, Selasa.

Beliau berkata penubuhan institut itu diharap dapat menyokong usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu destinasi pelancongan berunsur Islam tersohor dunia.

Mengenai TIIF 2012, Engku Md Azmi yang juga Pengarahnya, berkata festival selama empat hari bermula 14 Sept itu akan diisi pelbagai program menarik termasuk pertandingan penulisan khat, pameran serta bengkel seni khat oleh penulis khat ternama dunia.

Antaranya Adnan Sheikh Othman dari Syria, Nuria Farcia Macep (Sepanyol), Sherin Abdelsaber Abdelhalim (Mesir) serta Abdul Baki Abu Bakar dan penulis khat tersohor negara Ustaz Halias Abu Bakar, katanya.

Selain itu, turut diadakan konsert Amanat Muzikhat yang dijadual pada sebelah malam 15 dan 16 Sept iaitu suatu persembahan muzik yang digubah dan dialun dengan keindahan seni khat.

Engku Md Azmi berkata pengunjung akan berpeluang menyaksikan persembahan artis antarabangsa dari Perancis iaitu Bahman Panahi selain artis tanah air seperti Alwi Mustafa, kumpulan Mohram dan Khairiz.-BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel