|
|
PENDAPAT
Khamis Mei 24, 2012
Makin Tinggi Harga Makin Mengecil Isi
PADA hujung minggu baru-baru ini saya telah membawa isteri menikmati sate di sebuah restoran sate popular di Lembah Klang. Kali terakhir kami berkunjung ke restoran itu adalah lebih kurang tiga tahun yang lalu. Setelah membuat pesanan sate ayam, daging dan perut, saya merasa agak terkilan sebaik sahaja hidangan disediakan kerana saya dapati saiz sate-sate berkenaan jauh lebih kecil daripada apa yang pernah kami nikmati beberapa tahun dahulu. Maka saya pun bertanya kepada isteri saya, berapa harga sate ayam ini dan dia menjawab 70 sen secucuk. Sate daging pun 70 sen dan sate perut 80 sen. Setelah mendengarnya, saya secara spontan pun berkata, dahulu harga sate-sate ini 50 sen dan 60 sen secucuk tetapi daging atau isinya besar-besar belaka dan inilah yang menjadikan sate restoran tersebut popular. Tetapi kini harga semakin tinggi tetapi isi semakin mengecil. Sekurang-kurangnya apa salah mengekalkan saiz isi atau daging sepertimana dahulu jadi pelanggan pun tidaklah berasa tidak puas hati jika harga dinaikkan. Malangnya, semakin tinggi harga semakin mengecil isinya. HALIM SIDEK KOTA DAMANSARA SELANGOR |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |