|
|
PERMOTORAN & REKREASI
Published: Selasa Jun 19, 2012 MYT 12:50:00 PM
Updated: Selasa Jun 19, 2012 MYT 1:21:31 PM
Peugeot 508 Tampil Empat Varian Baru Termasuk Enjin Diesel
Peugeot 508 GTPENGEDAR jenama Peugeot, Nasim Sdn. Bhd (Nasim) telah melancarkan empat varian baru bagi model 508 sejak kali pertama dilancarkan Oktober 2011. Empat varian baru tersebut adalah 508 GT, 508 SW GT, 508 SW dan 508 Standard, manakala varian terawal 508 yang dilancarkan sebelum ini akan dikenali sebagai 508 Premium. Kedua-dua varian 508 GT dan 508 SW GT merupakan model Peugeot pertama yang didatangkan dengan enjin berkuasa diesel oleh Nasim sejak dilantik menjadi pengedar eksklusif pada 2008. Ketua Pegawai Operasi, Datuk Samson Anand George berkata, Nasim menyasarkan menjual sebanyak 150 hingga 200 buah Peugeot sebulan bagi kesemua varian. "Pelancaran ini merupakan hari bersejarah kepada Nasim dan Peugeot kerana buat pertama kali memperkenalkan segmen diesel. "Kami telah melakukan lebih kurang 100,000 kilometer untuk ujian bagi varian terbaru ini. "Dalam pada itu sasaran kami keseluruhannya tahun ini ialah 9,300 unit berbanding 5,400 tahun lalu," katanya pada sidang media, Isnin. 508 GT dan 508 SW GT Varian 508 GT dan 508 SW GT menggunakan enjin diesel empat silinder 2.2 liter HDi FAP yang direka khas oleh Peugeot dengan menawarkan ciri-ciri seperti turbo cas impeller titanium ringan dan penyuntik elektrik-piezo bagi menjamin prestasi yang mengagumkan. Bagi penggunaan minyak pula, model 508 GT hanya menggunakan 5.7 liter untuk setiap 100 km manakala, 508 SW GT menggunakan 5.9 liter. 508 SW dan 508 Standard Dimensi Peugeot 508 SWBagi kedua-dua varian ini pula, ia menggunakan enjin 1.6 liter turbo tekanan tinggi berkembar dan enjin 1.6 turbo cas. Kesemua varian tersebut dilengkapi kotak gear enam kelajuan automatik dengan ciri-ciri tambahan iaitu padel shifter, tip-tronic dan mod sport. Sudah pasti setiap varian didatangi dengan pelbagai aksesori termasuk lampu, pengelap cermin automatik, USB, Bluetooth dan lampu kabus. Setiap pembelian juga turut ditawarkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had kilometer. Harga (harga di atas jalan termasuk insurans); 508 Standard = RM 155,888 508 Premium = RM169,888 (dilancarkan pada Oktober 2011) 508 SW = RM179,888 508 GT = RM199,888 (Turbo diesel) 508 SW GT = RM209,888 (Turbo diesel) |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES |