PERMOTORAN & REKREASI

Sentuhan Terkini Pada Varian SX4 Crossover Facelift

SX4 Crossover Facelift

SUZUKI Malaysia Automobile (SMA) telah melancarkan model SX4 Crossover Facelift untuk pasaran Malaysia baru-baru ini.

Antara sentuhan terbaru yang ada pada model ini termasuk bampar di bahagian depan, jeriji depan rekaan lebih moden dengan kemasan krom dan rim aloi 16 inci.

Pada bahagian interior pula, SX4 turut menerima perubahan terkini di mana bahagian tengah panel instrumen diperkemaskan dengan hiasan krom gelap, selain kusyen dan panel pintu menerima set fabrik baru .

PAndangan dari sisi sentuhan terkini SX4 Crossover Facelift.

Selain itu ia turut menerima sistem brake override baru yang membolehkan kenderaan dihentikan jika sistem pedal pecutan tersekat.

Suzuki SX4 boleh didapati dalam dua varian berbeza, 1.6 Automatik standard yang dijual pada harga RM91,888.00 (atas jalan dengan insuran) dan 1.6 Automatik Premier pada harga RM96,888.00 (atas jalan dengan insuran).

Varian premium didatangkan dengan penapis haba V-Kool dan kusyen kulit.

Dilengkapi dengan tayar aloi 16 inci.

Terdapat empat warna pilih yang disediakan iaitu Sunlight Cooper, Snow Whote, Star Silver, Super Black dan Mineral Gray.

Dengan rekaan terbaru ini, SMA yakin ia bakal menjadi tumpuan golongan muda profesional.

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel