|
|
PERMOTORAN & REKREASI
Khamis Ogos 2, 2012
Chevrolet Hargai Pelanggan Dengan Kempen Servis Hari Raya
Servis istimewa ditawarkan kepada semua pelanggan Chevrolet bermula 15 Julai hingga 31 Ogos ini.KUALA LUMPUR: NAZA Quest Sdn Bhd pengedar rasmi jenama Chevrolet di Malaysia kini telah memulakan kempen servis kenderaan sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi. Ini juga untuk memastikan pemilik kenderaannya menghantar kereta ke pusat servis sebelum memulakan perjalanan ‘Balik Kampung’. Kempen servis Hari Raya Service kini bermula di semua pusat servis yang terpilih bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2012. Pemilik model Chevrolet Captiva, Cruze dan Colorado dikecualikan membayar upah dan mendapat khidmat percuma untuk pemeriksaan berjadual. Manakala pemilik model Aveo, Nabira, Optra dan Spark pula bakal menerima diskaun untuk minyak dan penukaran penapis (minyak semi sintetik) serendah RM88 untuk pemeriksaan berjadual. Semua pemilik Chevrolet layak untuk mendapat 40 mata secara percuma dan diskaun alat ganti terpilih sehingga 70 peratus dan turut membawa balik hadiah istimewa. "Setiap tahun kami mengadakan kempen ini dan kami turut menerima maklum balas positif mengenainya sebelum ini. "Ia diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelanggan-pelanggan kami, dan dalam masa sama dapat memastikan perjalanan Hari Raya berjalan lancar," jelas Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin. Sementara itu, sempena meraikan Hari Raya dan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 55, NAZA Quest turut menawarkan pelbagai pakej percuma dengan setiap pembelian Chevrolet Cruze, Colorado atau Captiva. Pakej percuma akan termasuk dalam jualan ketiga-tiga model tersebut selama 55 hari, bermula dari 15 Julai sehingga 7 September 2012 dan terdiri daripada : Cruze Percuma RM300 baucer petrol Percuma 3 tahun jaminan Percuma untuk menaiktaraf kepada versi LT sports (dengan body kit dan 18 inci rim aloi) Percuma hadiah misteri Colorado Percuma RM300 baucer petrol Percuma 3 tahun jaminan Percuma bayaran cukai jalan dan pendaftaran (untuk model 2.8LT Manual & 2.5LT Manual sahaja) Captiva Percuma RM300 baucer petrol Percuma 3 tahun jaminan Percuma 3 tahun alat ganti & upah pemasangan Bonus EXTRA bonanza Promosi hanya untuk kenderaan yang dijual oleh Hicomobil, Hicom-Chevrolet atau NAZA Quest sahaja (model Aveo, Cruze, Captiva, Colorado, Nabira, Optra, dan Spark) NAZA Quest Sdn Bhd berhak untuk mengubah atau menarik balik apa sahaja terma dan syarat tanpa sebarang pengumuman. Hanya sah di pusat servis Chevrolet yang bertauliah seperti berikut : NAZA Quest Auto S/B (Jln Ampang) 03- 4252 0288 NAZA Quest Auto S/B (Kg Bahru) 03- 2694 8001 NAZA Quest Auto S/B (Puchong) 03- 8071 5777 NAZA Quest Auto S/B (Petaling Jaya) 03- 7953 2888 Pantai Bharu Holdings S/B (Klang) 03- 3342 3636 Bangi Car Sales S/B (Kajang) 03- 8925 8252 Progressive Quality S/B (Subang Jaya) 03- 8025 1033 Edaran NHL S/B (Melaka) 06- 283 9200 Keonsae Corporation S/B (Kempas) 07- 2956 269 GB Motors S/B (Ipoh) 05- 506 3133 Intensive Dynasty S/B (Bukit Mertajam) 04- 588 0707 Titanium Lifestyle Corporation S/B (Sg Petani) 04- 421 8001 Golden Crew S/B (Kuantan) 09- 515 6127 Magi Design Far-East S/B (Kota Bharu) 09- 744 6889 Ismaco Autotrade S/B (Kuching) 082- 338 686 NAZA Quest Auto S/B (Kuching) 082- 233 792 Syarikat JL Motorworld S/B (Miri) 085- 656 696 NA Classics S/B (Labuan) 087- 425 406 OBM Automart (M) S/B (Kota Kinabalu) 016- 830 8829 Boston Auto S/B (Sandakan) 089- 227 770 |
SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES
|
|||||||