|
|
SUKAN
Khamis Disember 17, 2009
Emas bola sepak milik Malaysia
Kemarau 20 tahun berakhir, tewaskan Vietnam 1-0
VIENTIANE: Malaysia akhirnya menamatkan kemarau pingat emas bola sepak dalam Sukan SEA selepas mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir yang penuh debaran di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kebangsaan di sini hari ini. Pemain-pemain kebangsaan bawah 23 tahun tiba dengan tidak diberi harapan memenangi sebarang pingat membuat kejutan dengan memenangi emas pada Sukan SEA ke-25 itu. 'Kemenangan' itu dihadiahkan hasil gol sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-84 sekali gus menjadikan jumlah pungutan pingat kontinjen negara sebanyak 40 emas di sini. Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura. Kemenangan itu hari ini menjadi lebih manis selepas Malaysia ditewaskan oleh Vietnam 1-3 pada perlawanan peringkat kumpulan pada 6 Disember lalu. Mai Xuan Hop (kanan) hanya mampu bersedih ketika pemain-pemain negara meraikan kemenangan 1-0 ke atas Laos. -Foto APPada saingan suku akhir, pemain-pemain muda negara menundukkan juara bertahan Thailand, 2-1 di peringkat kumpulan untuk menempah tempat separuh akhir sebelum menewaskan Laos, 3-1 di hadapan 20,000 penyokong tuan rumah. |
|
|||||||