SUKAN

Mat Zan Tagih Khidmat Empat Kepakaran Pemain Sang Penyu

KUALA TERENGGANU: Khidmat dua penyerang skuad Terengganu Abdul Hadi Yahaya dan Francais Forkey Doe serta dua pemain tengah Joseph Kalang Tie dan Ashaari Samsuddin ditagih bagi meraih kemenangan padaperlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby malam Selasa.

Pengendali pasukan, Mat Zan Mat Aris berkata khidmat pemain itu amat diperlukan bagi membolehkan Sang Penyu menjaringkan gol awal di tempat lawan serta mengekalkan corak permainan pada perlawanan penting itu nanti bagi meraih kemenangan secara agregat.

Katanya sumbangan setiap pemain amat penting namun sentuhan empat pemain ini diharap mampu menghasilkan gol awal seterusnya membawa Terengganu berada dalam keadaan yang lebih selesa bagi menyamakan agregat awal.

"Bagi saya pemain perlu tahu tugas masing-masing dan memikul tanggungjawabsebagai sebuah pasukan sebagaimana apa yang telah kita buktikan pada perlawanan Piala AFC menentang pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe Ann minggulalu," katanya.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, skuad Penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada 20 April lepas.

Ekoran dari kekalahan itu, pihak pengurusan Terengganu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu dan rumah pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusohdiserang dan dibaling batu. -BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel