SUKAN

Hoki Remaja Asia: Malaysia Tumpaskan Korea Selatan 6-3

MELAKA: Malaysia menewaskan Korea Selatan 6-3 pada perlawanan kedua Kumpulan A Kejohanan Hoki Remaja Asia Ke-7 di Stadium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, Sabtu.

Ini membawa Malaysia hampir menempah tempat ke separuh akhir dan seterusnya layak ke Piala Remaja Dunia 2013 pada November tahun depan di New Delhi, India.

Faisal Saari berjaya membuka jaringan pendahuluan menewaskan penjaga golKorea Selatan, Lee Seyong pada minit keenam menerusi pukulan sudut penaltisebelum Mohammad Syammim Mohd Yusof menambah jaringan pada minit ke-13.

Pada minit ke-21, pasukan Korea yang mula bertindak agresif berjaya merapatkan jurang dengan Yang Jihun menyempurnakan pukulan sudut penalti.

Korea Selatan kemudian dihadiahkan pukulan sudut penalti oleh pengadil perlawanan, Fernando Gomez pada minit ke-36 namun gagal memanfaatkan peluang itu.

Benteng Korea Selatan terus goyah apabila sekali lagi diasak oleh pasukannegara yang berjaya menghasilkan gol pada minit ke-40 menerusi jaringan AmirFarid Ahmad Fuzi dan Korea terus tertekan apabila pukulan deras Faisal Saarimenerjah gawang gol pada minit ke-45 untuk membolehkan Malaysia mendahului 4-1.

Korea Selatan yang cuba bangkit berjaya memperoleh gol pada minit ke-48 melalui Jeong Youngseok dan sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-61 melalui ketua pasukan, Yang Jihun.

Faisal Saari kemudian menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-57 sebelumMuhammad Noor Faeez menyumbat satu lagi jaringan pada minit ke-68 membolehkan Malaysia menang bergaya 6-3.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Jepun menewaskan Iran 3-1.- BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel