SUKAN

Sukan Olimpik: Bolt Lakar Sejarah Acara 200m Dua Kali Berturut-Turut

Usain Bolt

ATLET Jamaica Usain Bolt memenuhi impiannya untuk bergelar 'legenda' olahraga dan 'Raja Pecut Dunia' apabila berjaya merangkul emas acara 200 meter kali kedua berturut-turut pada temasya Olimpik 2012.

Kejayaannya membawa pulang emas mengulangi kejayaannya empat tahun lalu di Olimpik Beijing.

Kemenangan Bolt, 25, menyaksikan atlet ini memenangi dua emas dalam acara olahraga setakat ini sekali gus menjadikan dia atlet terpantas dunia dalam dua acara.

Kepantasan Bolt sukar ditandingi oleh atlet-atlet lain.

Bolt juga menjadi atlet pertama dunia yang berjaya mempertahankan pingat emas 100m dan 200m dalam Sukan Olimpik.

Sabtu lalu, Bolt meraih pingat emas dalam acara 100 meter dan mencipta rekod baru.

Beberapa hari lalu, sebelum pertandingan bermula, Bolt menyatakan hasrat menjadi legenda olahraga dengan memenangi emas dua kali berturut-turut dalam acara 200 meter.

Keputusan rasmi 200 meter (L):

1. Jamaica - BOLT Usain (19.32)

2. Jamaica - BLAKE Yohan (19.44)

3. Jamaica - WEIR Warren (19.84)

4. Amerika Syarikat - SPEARMON Wallace (19.90)

5. Belanda - MARTINA Churandy (20.00)

6. Perancis - LEMAITRE Christophe (20.19)

7. Ecuador - QUINONEZ Alex (20.57)

8. Afrika Selatan - JOBODWANA Anaso (20.69)

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel