SUKAN

Malaysia Perlu ramai pegawai Pemakanan Pantau Atlet - Dr Ramlan

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan lebih ramai pegawai pemakanan profesional untuk menjaga dan memantau pola pengambilan pemakanan atlet negara, kata Penasihat Khas kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk DrRamlan Abdul Aziz.

Beliau berkata penambahan pegawai pemakanan berkenaan perlu dilaksanakan kerana tumpuan kini bukan sahaja terhadap atlet elit tetapi kepada semua peringkat atlet negara.

"Sekarang, kita memang sudah ada pegawai pemakanan yang ramai namun jumlahnya hanya cukup untuk atlet elit.

"Apa yang perlu kita buat ialah tanamkan pengambilan pola pemakanan sihat kepada atlet pada usia muda seawal 10 hingga 12 tahun kerana kita memerlukan pengganti dalam bidang sukan untuk masa depan," katanya.

Dr Ramlan yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), berkata ketika beliau mula berkhidmat sebagai pegawai perubatan di institut itu pada 1990, hanya terdapat seorang pegawai pemakanan di ISN bagi memantau para atlet.

"Dengan adanya orang yang memantau pemakanan atlet, sekurang-kurangnya kesihatan mereka untuk jangka masa panjang akan terjaga dan bagi memastikan mereka berada pada prestasi terbaik dalam sukan.

"Setiap pegawai pemakanan mempunyai pengetahuan dan kepakaran asas mengenaipemakanan, namun untuk pembahagian mengikut jenis sukan, mereka perlu mempunyaikepakaran yang lebih mendalam bagi mendapatkan kepercayaan daripada atlet,"katanya.

Ditanya sama ada atlet kebangsaan kini mengikut pola pemakanan yang seimbang, Dr Ramlan sangsi mereka mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat.

"Ini kerana kurangnya pendedahan yang boleh menyedarkan dan memberipengetahuan kepada atlet tentang pentingnya mengamalkan pola pemakanan sihat.

"...bagi atlet negara sekarang (pendedahan tentang pemakanan sihat) sudahterlambat. Sebab itu saya galakkan pendedahan tersebut diserap kepada atletmuda," katanya.

Dr Ramlan berkata pendedahan di peringkat usia muda akan menjadikan atletitu sentiasa 'ingat apa yang perlu dimakan, berapa banyak kuantiti makanan yangboleh diambil serta bila perlu dimakan' dan ia akan menjadi kebiasaan kepadamereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Shapawi Ismail berkatapihaknya akan memastikan kedua-dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan sihatdilengkapi kepada setiap atlet negara.

Aspek pertama melibatkan makanan ruji yang diambil oleh setiap atlet manakala aspek kedua membabitkan makanan tambahan yang berbeza-beza mengikut jenis sukan, katanya.

"Melalui ujian makanan tambahan kepada atlet, sebarang kekurangan yangperlu dilengkapi oleh mereka dapat ditampung dengan pengambilan suplemen setiaphari.

"Pemberian suplemen kepada atlet oleh pegawai pemakanan, bagaimanapun adalahberdasarkan kepada kerjasama dan nasihat daripada jurulatih," katanya.-BERNAMA

  • Print this story

« Kembali
 

SEARCH ALLMALAYSIA.INFO TRAVEL PACKAGES

 to 
Ikuti Kami Di Twitter
Emel