suria

Video berbaur lucah tersebar, Azlan Komeng tak terkejut cubaan individu runtuhkan rumah tangga

SELEPAS tular paparan skrin perbualan dan video berunsurkan lucah mengaitkan dengan dirinya, pelakon Azlan Komeng memberitahu bakal mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan perkara itu.

Menurut Azlan atau Muhammad Azlan Kamira, 49, dia mengenali individu yang menyebarkan perbualan berkenaan dan ini bukan kali pertama namanya diburukkan.

“Orang yang buat perkara ini ada unsur dendam dan tidak puas hati kepada saya, tak faham juga kenapa masih tak puas hati dekat saya sebab sebelum ini sudah berbincang.

“Malah rakaman video itu sudah berlaku lama, sejak lima tahun lepas malah tujuan penyebaran video saya tu hanya untuk menjatuhkan rumah tangga dan memalukan saya.

“Saya tahu siapa yang lakukan ini malah saya sudah buat laporan polis tunggu saja tindakan seterusnya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi