suria

Tentera Filipina Bunuh Empat Anggota Komunis

MANILA: Ketua Tentera Filipina pada Rabu berkata pasukannya membunuh empat anggota gerila komunis dalam satu pertempuran di wilayah utara.

Leftenan Jeneral Arturo Ortiz berkata piahk tentera tidak mengalami sebarang kecederaan dalam pertempuran di pekan Baggao dekat Cagayan pada awal Selasa tersebut.

Beliau mendakwa tentera menjumpai dua senapang dan satu senapang patah di kawasan pertempuran.

Pihak tentera yang dilengkapi dengan jentera perang mendekati puak penentang New People's Army.

Kejadian merupakan kegagalan terbaru yang dialami puak penentang sejak kelhilangan lapan anggota dua minggu lepas di uatara wilayah Abra.

Gerila telah merampas berpuluh senjata api bulan ini dalam serangan berasingan di tiga kawasan perlombongan dan ladang pisang di selatan Filipina. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain