suria

Volkswagen Catat Jualan Suku Pertama 2.16 Juta Unit

FRANKFURT: Pengeluar automobil gergasi dari Jerman, Volkswagen (VW) pada Jumaat berkata, syarikat itu mencatatkan jualan lebih dua juta kenderaan di seluruh dunia pada suku pertama tahun ini, yang didorong oleh permintaan yang kukuh di China, Amerika Utara dan Rusia.

VW dalam satu kenyataan berkata, jualan seluruh dunia meningkat sebanyak 9.6 peratus dengan 2.16 juta unit bagi tempoh dari Januari sehingga Mac, sekali gus pertama kali mencatatkan jualan suku tahunan melebihi dua juta unit.

“Kumpulan Volkswagen dibangun begitu cemerlang pada suku pertama, Kami mencatatkan satu lagi prestasi kukuh di Amerika Utara, China dan Rusia. Bagaimanapun, situasi yang tidak menentu berterusan, terutama pada pasaran di Eropah Barat,” kata ahli lembaga pengarah, Christian Klingler.

Syarikat kumpulan itu mengeluarkan jenama VW, Audi, Skoda dan SEAT dan bahagian kenderaan komersialnya termasuk MAN dan Scania. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain