suria

Polis Tahan Lelaki Telan Wang Kertas Lebih RM300,000

Wang kertas yang dikeluarkan Ortega selepas dua hari ditahan.
GELAGAT Eddy Alberio Mancipe Ortega yang mencurigakan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster, Montego Bay, Jamaica mendorong pegawai keselamatan menahannya sebelum berlepas ke Trinidad.

Pemerhatian pihak keselamatan ternyata ada kebenarannya apabila pemeriksaan terhadap lelaki berusia 41 tahun ini mendapati kandungan perutnya dipenuhi sejumlah plastik dipercayai sengaja ditelan warga Venezuela itu.

Lebih mengejutkan apabila soal siasat lebih terperinci yang dilakukan membongkar cubaannya menyeludup wang kertas bernilai AS$103,500 (RM350,000) menggunakan 80 plastik yang ditelannya.

Ortega yang ditahan bagaimanapun hanya dapat menyerahkan semua plastik berisi wang itu kepada pihak keselamatan Jamaica selepas dua hari.

Akhbat The Gleaner melaporkan, lelaki itu kemudiannya didakwa kerana perbuatannya itu dan dihukum penjara tiga bulan.

Kes yang pertama seumpamanya dikesan di negara berkenaan mendorong polis Jamaica memperketatkan aspek keselamatan di pintu masa negara itu.

Ketua Bahagian Siasatan Kewangan, Justin Felice berkata, kes itu menunjukkan bagaimana seseorang itu akan berusaha untuk memastikan matlamatnya tercapai dan mengelak dikesan pihak berkuasa.





Montego Bay, Venezuela, plastik

Artikel Lain