suria

Trump Enggan Hadiri Majlis Bersama Media

WASHINGTON: Hubungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan media terus tegang apabila beliau mengumumkan tidak akan menghadiri satu majlis tahunan makan malam bersama media.

"Saya tidak akan menghadiri Majlis Makan Malam Persatuan Koresponden White House pada tahun ini."Tolong sampaikan ucapan selamat kepada semua dan menikmati majlis tersebut," kata Trump menerusi kenyataan dalam akauan Twitter beliau.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan sebab enggan menghadiri majlis penting itu.

Majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh wartawan tetapi ahli politik dan selebriti terkemuka.

Krisis Trump dan media bermula sejak beliau berkempen lagi sebagai Presiden dan keadaan diburukkan apabila beliau memenangi Pilihan Raya Presiden pada November lalu.

Trump secara terbuka menggelar wartawan sebagai 'musuh rakyat' dan sering mengkritik media atau wartawan yang membuat liputan tentang perkara yang tidak disukainya.

Sementara itu, persatuan wartawan di AS tetap akan menghadiri majlis pada 29 April itu walaupun tanpa kehadiran Trump.

Majlis tersebut merupakan sambutan Pindaan Pertama dan meraikan media yang memainkan kepentingan dalam melaporkan berita dengan bebas.

Donald Trump

Artikel Berikut

'Adakah Anda Muslim?'

Artikel Lain