PENGGUNA Instagram, Christy Keane menjadi perhatian di laman sosial itu apabila dia berkongsi kisah beremosinya selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang disahkan mengalami masalah pendengaran. Baru-baru ini ibu itu memuat naik video reaksi bayinya yang bernama Charlotte Ruth Keane atau Charly selepas dipakaikan alat bantuan pendengaran. Reaksi Charly yang kini hampir berusia tiga bulan itu berjaya mengukir senyuman setiap mereka yang menontonnya.