SEBUAH video yang memaparkan dua gadis bergaduh di sebuah gedung serbaneka menjadi tular di laman sosial. Melalui video terbabit kelihatan gadis berkenaan yang dipercayai adik-beradik tanpa segan silu berkelahi sambil seorang wanita dipercayai ibu mereka cuba meleraikan pergaduhan. Akibatnya, mereka terpaksa membayar sejumlah wang bagi menampung kerugian yang dialami pasaraya itu.