suria

Bayi 3 tahun terpaksa dibedah, ibu bapa tak tahu bagaimana tiub besi boleh tercucuk di gusi

Mangsa terpaksa dibedah untuk membuang tiub besi berkenaan. FOTO: ASIAWIRE

KELIHATAN cukup ngeri dan menyakitkan.

Begitulah yang boleh digambarkan mengenai nasib malang seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila gusinya tercucuk satu tiub besi.

Kejadian melibatkan Xiao Ming itu berlaku di kediamannya di China.

Bapanya yang terkejut dengan kejadian itu bergegas menghantarnya ke hospital sebelum dia dibedah oleh pakar perubatan.

"Saya tak tahu di mana dia jumpa tiub besi itu.

"Sewaktu saya berlari ke arah anak saya, saya tengok besi tercucuk di mulut dan dia menangis," ujar bapanya.

Mangsa dirawat di Hospital Rakyat Hezhou. - Daily Star.

Xiao Ming, tiub besi, bedah, cedera

Artikel Lain