suria

"Terlalu comel untuk dihukum,"... Pengikut setia di TikTok bantah hukuman penjara 24 tahun

Peminat di media sosial menyifatkan Herrin terlalu comel untuk dipenjarakan.

ADA segelintir netizen menyifatkan hukuman penjara selama 24 tahun terhadap seorang pelumba haram berusia 21 tahun sebagai tidak wajar.

Mereka menyifatkan Cameron Herrin, Cameron Herrin dari Florida, Amerika Syarikat terlalu comel untuk dipenjarakan.

Herrin merupakan seorang yang berpengaruh di media sosial kerana mempunyai lebih dua juta pengikut di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara terlupa, lelaki terperangkap dalam kereta ketika tukar tayar

Namun dia mengaku bersalah dan disabitkan hukuman berkenaan atas kesalahan melanggar dan menyebabkan kematian seorang ibu dan bayi perempuan berusia 20 bulan.

Kejadian itu berlaku ketika dia terlibat dalam perlumbaan haram dengan rakannya di Tampa, Florida pada tahun 2018.

Dia yang menaiki Ford Mustang yang dihadiahkan kepadanya sempena tamat persekolahan, melanggar kedua-dua mangsa semasa mereka sedang menyeberangi jalan, lapor Fox News.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hakim mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan atas alasan Herrin memandu melebihi had kelajuan sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa maut.

Pengikutnya di media sosial tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap pihak berkuasa yang terlibat dengan kes itu berkenaan selepas melihat berita berkenaan kes tersebut.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan membanjiri ruang komen media tempatan dan pihak berkuasa dengan hashtag "Cameron Herrin" dan "keadilan untuk Cameron" sebagai tanda protes.

Bulan lalu, terdapat sekurang-kurangnya 100,000 tweet tentang Herrin dan video berkaitan dengannya di TikTok ditonton sebanyak lebih 1.7 billion kali.

Twitter terpaksa menyekat 900 akaun dan memadam lebih 90,000 status berkaitan Herrin yang dikatakan melanggar undang-undang penggunaan aplikasi tersebut.

Ibu kepada Herrin, Cheryl menyifatkan sokongan yang ditunjukkan terhadap anaknya sebagai satu obsesi yang tidak sihat.

Katanya dia ada menerima banyak panggilan daripada peminat Herrin yang menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

jenayah, tiktok, penjara, maut, viral

Artikel Lain