suria

Hidung lelaki ini mereput selepas terima suntikan bibir

Thiago tidak dapat menahan kesakitan sehingga dia berasa seperti mahu membunuh diri.

SEORANG lelaki mendakwa sebahagian daripada hidungnya 'jatuh' akibat kegagalan dalam rawatan suntikan bibir.

Thiago Delgado, 35, berjumpa doktor gigi di Angra dos Reis, Costa Verde do Rio di Brazil, tetapi mendakwa pengamal perubatan itu kelihatan gemuruh sebelum menyuntik bibirnya.

Menurut Thiago, doktor itu menggunakan asid hyaluronik untuk disuntik pada bahagian bibir atasnya.

Dia berasa sakit ketika disuntik, namun kesakitan bertambah teruk apabila doktor tersebut mengurut bibirnya.

Setelah pulang dengan ubat-ubatan, Thiago memberitahu dia mengalami kesakitan yang tidak tertahan dan memanggil doktor gigi keesokan hari.

Dia mendakwa doktor tersebut memberitahu bahawa terdapat komplikasi semasa rawatan dilakukan.

Setelah beberapa hari, Thiago menyedari hidungnya kelihatan aneh dan berjumpa doktor kulit untuk pemeriksaan.

Lelaki berusia 35 tahun itu terkejut apabila diberitahu bahagian hidungnya mereput kerana kekurangan bekalan darah.

Pasukan perubatan dapat memulihkan sebahagian bibir Thiago menerusi rawatan, tetapi masih berasa sakit.

"Wajahku tidak akan kembali seperti dulu," katanya

Thiago terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk melakukan pembedahan agar wajahnya kembali seperti sediakala. -MIRROR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain