KEJAM! Seorang lelaki berusia 22 tahun membelasah ibunya ketika mereka bertengkar. Difahamkan lelaki tersebut, Elliot Stemburski, menolak ibunya ke dinding sehingga terhantuk pada bingkai pintu sebelum menumbuk mukanya sehingga gigi tercabut. Kejadian cukup tragis berlaku di Britain itu disaksikan oleh adik-beradiknya. Akibat pertengkaran antara dua beranak itu bagaimanapun memakan diri sendiri apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan. Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan cuba untuk melarikan diri dengan melempar gelas kaca tetapi tidak terkena pada anak lelakinya. “Insiden itu memberikan kesan kepada saya dari segi fizikal dan juga mental. “Saya asyik memikirnya setiap hari malah kepala masih sakit selain mengalami lebam di seluruh badan,” kata mangsa. Suspek enggan mengaku bersalah atas perbuatannya yang berlaku di kediaman mereka. Disebabkan hal itu, ahli keluarga diminta untuk menyerahkan bukti kepada pihak mahkamah. Selepas menjalani perbicaraan di Mahkamah Diraja Preston pada Jumaat lalu, suspek didapati bersalah kerana mendatangkan kecederaan secara fizikal dalam serangan yang dibuat. Menurut pendakwa raya kes tersebut, Holly Nelson, dia menjelaskan bahawa lelaki berkenaan masih lagi tinggal bersama dengan ibunya semasa kejadian itu berlaku. Suspek juga dilarang untuk mendekati ibunya sendiri selama dua tahun selain daripada perlu menyelesaikan aktiviti pemulihan selama 35 hari beserta 200 jam kerja tanpa gaji. - MIRROR.CO Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI