suria

Remaja lelaki maut dipukul, ditembak selepas tumpangkan bekas isteri orang

Seorang remaja lelaki maut gara-gara menumpang seorang wanita menaiki keretanya. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki ditembak hingga maut gara-gara menumpangkan seorang wanita menaiki keretanya.

Mangsa juga dilaporkan parah dipukul menggunakan kayu besbol.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, remaja berusia 17 tahun itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Kejadian yang berlaku di Bang Rakam, Phitsanulok di Thailand itu membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga tular di media sosial.

Menurut seorang warga maya, mangsa diserang selepas bekas isteri suspek yang meminta bantuan untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Difahamkan, mangsa bagaimanapun tidak mengenali suspek mahupun bekas isterinya.

Memetik laporan KhaoSod, tindakan mangsa menolong wanita itu diketahui bekas suami. Suspek bersama rakan-rakannya kemudian menyerang mangsa sehingga maut.

"Dia seorang budak yang baik. Dia tinggal bersama datuknya berusia 75 tahun. Dia bekerja dan duit simpanan digunakan untuk membeli mesin basuh buat datuknya," katanya sambil menambah datuk mangsa merupakan pengutip botol.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan dan membunuh adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain