Nasharuddin muncul semula pada persidangan Dewan Rakyat hari ini selepas lebih seminggu 'menyepi' ekoran isu idea kerajaan perpaduan. --fotoTHE STARKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa yang menyepikan diri daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat lebih seminggu lalu ekoran isu idea kerajaan perpaduan muncul semula pagi ini. Pada pertemuan pertama ini, beliau mengambil kesempatan dengan mengemukakan pertanyaan susulan soalan pertama pagi ini. Bagaimanapun Nasarudin juga Ahli Parlimen Bachok terlepas daripada sasaran wakil media yang menunggu beliau di lobi Parlimen sejak pagi tadi. Nasarudin tidak hadiri sidang Dewan Rakyat sejak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa beliau keluar PAS dan menyertai Umno berhubung pendiriannya dalam isu kerajaan perpaduan. Nik Aziz membantah syor diadakan perbincangan dengan Umno-BN berhubung isu tersebut. Minggu lalu Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan.