suria

DAP Lancar Portal Berita Dalam BM "Roketkini.com"

PETALING JAYA: DAP telah melancarkan sebuah laman portal berita dalam bahasa Malaysia yang dinamakan Roketkini.com dalam usahanya untuk menyampaikan mesej kepada para pembaca dan komuniti Melayu.

Pengarangnya, Wan Hamidi Hamid berkata, portal berita bahasa Malaysia itu akan berfungsi sebagai platform untuk berkomunikasi secara lebih berkesan dengan komuniti Melayu.

Kata Hamidi, ini termasuklah dalam memperkatakan tentang isu-isu semasa dan pendirian DAP dalam perkara-perkara dasar.

"Misalnya kami akan menyentuh dan memperjelaskan tentang isu-isu seperti isu kontroversi agama Kristian yang kononnya hendak dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan dan isu-isu berkaitan serangan yang dilakukan ke atas Kerajaan Negeri pimpinan DAP," ujarnya.

Portal ini juga berhasrat untuk mengenegahkan polisi dan perkembangan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tambahnya.

Artikel Lain