suria

Perhimpunan Jalanan Langkah Terdesak Selamatkan Anwar

Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat kini dilihat semakin terdesak untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan dengan merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kepimpinan negara.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak menolak rakyat akan mengadakan perhimpunan jalanan untuk membantah tindakan itu.

Bagaimanapun Rafizi secara peribadi menganggap idea untuk mengadakan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang tidak demokratik.

"Saya tidak tahu bagaimana rakyat akan meluahkan perasaan marah, tetapi kebiasaannya mereka akan berhimpun di jalanan sebagai membantah tindakan tersebut (penjarakan Anwar)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang akan melakukan sesuatu yang luar biasa sekiranya Anwar dipenjarakan semula atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhairi Azlan.

Rafizi berkata, peluang untuk memberi tekanan kepada kerajaan sudah lama ada tetapi parti memilih untuk menyertai demokrasi dengan terlibat dalam pilihan raya umum.

"Jika nak menentang Anwar, lawanlah dalam pentas politik, jangan gunakan perkara ini (undang-undang)," katanya.

Artikel Lain