suria

Pesawat AirAsia Tergelincir Ketika Mendarat Di Brunei

Pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat.
PETALING JAYA: Sebuah pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Kesemua 102 penumpang dan tujuh anak kapal yang menaiki penerbangan AK278 dari Kuala Lumpur itu, berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut AirAsia, keperluan kesemua penumpang yang terbabit sedang diuruskan oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu dan pasukan AirAsia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Di Twitter, pengguna Internet di negara ini menyuarakan rasa prihatin terhadap mereka yang berada di dalam pesawat terbabit.

@muqrimazalan dalam tweetnya berkata; "Baru mendapat tahu bahawa pesawat AirAsia tergelincir dari landasan di lapangan terbang baru-baru ini. Saya harap semua penumpang selamat. #brunei"

AirAsia, tergelincir, Brunei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain