PETALING JAYA: Sempena Ramadan dan Syawal ini, mStar Online menerusi laman khas sempena perayaan ini, mStar Ramadan memberi peluang kepada orang ramai untuk menghantar ucapan buat yang tersayang. Info lanjut mengenainya dapat diperoleh menerusi mstar.com.my/ramadan. Menerusi laman itu, pembaca hanya perlu klik pada ruangan Ucapan Anda dan kemudian memilih sama ada untuk menghantar ucapan dengan menyertakan foto anda atau dalam bentuk rakaman video. Bagi yang memilih untuk menghantar ucapan menerusi video, pembaca perlu memuat naik video menerusi YouTube.com dan letakkan URL video di ruang yang disediakan. Jadi apa ditunggu lagi, hantarkan ucapan anda untuk sesiapa saja dan dimana juga mereka berada supaya Ramadan dan Syawal anda lebih bermakna. Melayari laman web khas dengan tagline - Sesuci Ramadan, Seindah Syawal ini, pembaca berpeluang mendapatkan maklumat terkini menerusi beberapa ruangan yang disediakan sepanjang bulan mulia ini sehingga akhir Syawal. Selain itu, beberapa peraduan juga akan diadakan menerusi mStar Ramadan sebagai tanda penghargaan khusus buat pembaca setia mStar Online. Dalam masa terdekat ini, pembaca mStar Ramadan akan dihidangkan dengan video pendek kegiatan personaliti tanahair, termasuk ada yang sedia berkongsi resipi kegemaran masing-masing, serta ucapan artis sempena sambutan Aidilfitri. Tidak ketinggalan, pelbagai fesyen terkini yang menjadi pilihan ramai sempena sambutan setahun sekali ini juga dipaparkan. Jadi, nantikan kemunculan ruangan ini tidak lama lagi. Ketika ini, mStar Ramadan menyajikan ruangan Jom Berbuka, dengan menampilkan lokasi bazar Ramadan berserta peta supaya mudah dikunjungi. Selain itu, ruangan sama juga menampilkan ulasan pelbagai menu menyelerakan yang ditawarkan hotel dan restoran menerusi pakej bufet sepanjang bulan puasa. Ruangan Resipi pula memberi peluang kepada pembaca yang gemar memasak cuba menyediakan juadah itu untuk dinikmati ketika berbuka puasa bersama yang tersayang. Teruskan setia bersama mStar Ramadan untuk mengikuti mengikuti lebih banyak paparan bahan menarik menjelang Aidilfitri nanti.