suria

Kawasan Perumahan Di Seremban 'Dikunjungi' Tapir

SEREMBAN: Penduduk di Sri Carcosa di sini berbangga dengan aturan keselamatan di kejiranan mewah mereka.

Walau bagaimanapun, keselamatan di komuniti berpagar ini telah 'dicerobohi' oleh seekor tapir seberat 300kg yang memasuki kawasan itu pada awal pagi Khamis.

Penduduk terkejut melihat haiwan itu (Tapirus indicus) berada di kawasan tersebut, memandangkan tidak pernah ada mana-mana spesies haiwan terancam muncul di kawasan itu sebelum ini.

Seorang penduduk, yang tidak mahu dikenali berkata anggota keselamatan bertugas terpinga-pinga apabila tapir itu muncul di pintu masuk komuniti berpagar kira-kira pukul 2 pagi.

"Apabila mereka cuba untuk menghalaunya, haiwan itu berlari ke dalam kawasan berpagar. 

"Bagaimanapun, mereka terpaksa meminta bantuan kerana bimbang haiwan itu boleh bertindak agresif," katanya.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara negeri Wan Mat Wan Harun berkata, pasukannya segera dihantar ke kawasan perumahan itu selepas menerima panggilan pada pukul 7.30 pagi.

"Pegawai saya dan anggota Pertahanan Awam serta-merta memasang perangkap," katanya.

Wan Mat berkata tapir itu kemudian dilepaskan ke dalam kawasan yang dilindungi yang berada di bawah bidang kuasa jabatan itu.
tapir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain