suria

MH17: Tujuh Jenazah Rakyat Malaysia, Dua Warga Belanda Akan Tiba Esok

Liow Tiong Lai.

KLANG: Sembilan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan tiba di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tujuh jenazah merupakan rakyat Malaysia manakala dua lagi warga Belanda.

Beliau menambah, satu mesyuarat antara kementerian diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diadakan pada petang Isnin untuk membincangkan mengenai ketibaan itu.

"Kita mengadakan mesyuarat untuk memperincikan program esok. Kita akan mengatur yang sama (seperti ketibaan sebelumnya) dan memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini hanya satu jenazah rakyat Malaysia masih berada di Belanda.

Beliau berkata, ini kerana penghantaran pulang tidak dapat dilakukan untuk satu jenazah rakyat Malaysia ini bagi menyertai yang lain dibawa ke tanah air.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Seramai 43 mangsa dalam tragedi itu adalah rakyat Malaysia.

MH17, jenazah, Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Artikel Lain