Ambiga, bersama-sama dengan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ahli Parlimen Kapar G. Manivannan, telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 3 petang Khamis.
Ketiga-tiga mereka, yang diwakili oleh Pengasas Bersama Lawyers for Liberty Latheefa Koya, telah disoal selama kira-kira satu setengah jam.
"Mereka disoal kerana memakai baju-T Bersih 4. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," kata Latheefa kepada pemberita.
Ambiga berkata beliau akan memfailkan semakan semula terhadap apa yang diwartakan di bawah Akta itu bahawa memakai baju-T Bersih 4 adalah haram.
Sementara itu, Wong berkata adalah 'tidak masuk akal' untuk disiasat berhubung baju-T.