KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Sabtu mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori satu serta amaran ribut petir menyeluruh di perairan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sarawak (Kuching) sehingga lewat petang ini. Sementara amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore sehingga Selasa ini. Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan jabatan itu. Keadaan sama dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Kuching dan Reef South sehingga lewat petang ini.