suria

Kes Warga Indonesia Miliki Bahan Penerbitan Pengganas Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini memindahkan kes seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa memiliki bahan penerbitan kumpulan pengganas Al-Qaeda, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin supaya kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh, Hani Yahya, 39, perunding syarikat minyak dan gas, didakwa memiliki beberapa penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas iaitu 'Al-Qaeda in the Arabian Peninsula' atau AQAP.

Dia yang berketurunan Arab didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Kondominium Casa Mutiara, Jalan Hang Isap, Bukit Bintang, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu.


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.

Al-Qaeda, Hani Yahya, pengganas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain