suria

Di Johor, Uber Terima Bayaran Tunai

PETALING JAYA: Uber akan menerima bayaran tunai untuk perkhidmatannya di Johor Baru bermula Jumaat, tawaran pertama yang dilakukan di negara ini.

Pengurus Besar Uber Malaysia Leon Foong berkata tunai adalah cara yang digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk membuat pembayaran, sekali gus menunjukkan jangkauan Uber yang semakin melebar di negara ini.

"Dengan pengenalan bayaran tunai yang masih di peringkat ujian ini, teknologi kami kepada masyarakat di Johor Baru akan menjadi luas serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Sejak dilancarkan pada 2014, Uber telah bergantung kepada pelanggan yang menggunakan kad kredit untuk membayar tambang perjalanan mereka.

Jika langkah itu diperluaskan ke tempat-tempat lain yang menawarkan perkhidmatan ini, Uber berpotensi menarik lebih ramai penumpang yang menggunakan aplikasi teksi seumpamanya.

Perkhidmatan Uber kini terdapat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.

Pengumuman itu dibuat dua minggu selepas Uber bercadang menerima bayaran tunai di sini.

Kenyataan itu berkata langkah itu masih di peringkat perintis, sambil menambah bahawa tidak semua penumpangnya akan melihat pilihan tunai pada aplikasi adalah penting.

Katanya, penumpang di Johor Baru akan mempunyai akses kepada semua ciri Uber apabila mereka membayar secara tunai.

Orang ramai boleh mendaftar di get.uber.com/go/ubercashjb dan membuat ujian jika pilihan pembayaran tunai disediakan untuk mereka.
Uber, aplikasi teksi, bayaran tunai

Artikel Lain