suria

PRN Sarawak: Pertembungan DAP-PKR Di Dua Kerusi

Voon yang mewakili PKR berjabat tangan dengan Abdul Aziz dari DAP.

KUCHING: DAP Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertembung antara satu sama lain dalam sekurang-kurangnya dua daripada lima kerusi yang menjadi rebutan kedua-dua parti itu.

Salah satu kerusi itu adalah Mulu yang menyaksikan Paul Raja, mewakili DAP akan melawan calon PKR, Paul Baya selepas kedua-duanya menghantar borang penamaan calon pada Isnin.

Selain itu, satu lagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang akan menyaksikan pertembungan calon tunggal Melayu DAP, Abdul Aziz Isa dan calon PKR, Voon Shiak Ni.

Abdul Aziz pada asalnya dikatakan akan bertanding di kerusi Stakan tetapi DAP mengancam akan bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR menampilkan calon di luar senarai yang dipersetujui kedua-dua parti itu, sebelum ini.

Dalam perjanjian bertulis antara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas, PKR akan bertanding di kerusi Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.

Sebelum ini timbul cakap-cakap bahawa mungkin berlakunya pertembungan tiga penjuru di kawasan tertentu akibat pertelagahan kerusi antara kedua-dua parti itu.

Batu Kitang, DAP, PKR. PRN Sarawak

Artikel Lain