suria

Kit Siang Kembali Ke Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kembali ke Dewan Rakyat selepas menjalani penggantungan enam bulan sejak Oktober tahun lepas.

Bercakap pada sidang akhbar di sini pada Isnin, Ketua Parlimen DAP itu berkata "ia adalah baik" untuk kembali ke Parlimen.

Lim digantung selama enam bulan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pemimpin veteran DAP itu berkata semasa ketiadaannya di Parlimen, beliau mempunyai peluang untuk melawat 130 kawasan Parlimen.

Lim Kit Siang, DAP

Artikel Lain