PETALING JAYA: Bekas wartawan, Sidek Kamiso ditahan pada Khamis sebelum dibebaskan semula dengan jaminan polis. Peguam Siti Kassim berkata, Sidek ditahan di bawah Seksyen 298 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian agama. Dia ditahan di Balai Polis Dang Wangi. Sebelum itu dia hadir setelah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi kenyataan. Dua minggu lalu, Sidek ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana komennya berhubung kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.