suria

Pendaki Hilang Ditemui Mati Di Gunung Kinabalu

Pasukan Mosar sedang membawa turun mayat Woon.

KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika latihan untuk acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu awal pagi Sabtu ditemui mati.

Mayat Woon Tai Kiang ditemui dalam gaung sedalam 150 meter dekat Sayat-Sayat yang juga pusat pemeriksaan terakhir sebelum pendaki melakukan pendakian ke puncak gunung.

Mayat mangsa ditemui pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad.

Difahamkan Woon meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk di kepala ketika tergelincir dari trail dan terjatuh ke dalam gaung.

Namun pasukan Mosar masih belum mengesahkan punca kematian kerana mereka sedang dalam proses membawa turun mayat mangsa.

Maklumat lanjut mengenai punca nahas akan diketahui lewat petang ini.

Acara climbathon antarabangsa itu yang ditangguhkan selama setahun susulan kejadian gempa bumi di Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015, dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain