suria

Kita Lakukan Terbaik Kesan Bot Hilang - Masidi

Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pasukan mencari dan menyelamat sedang melakukan yang terbaik bagi mengesan kehilangan bot yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China.

"Saya seperti semua ahli keluarga kepada mereka yang menaiki bot itu, berharap adanya perkembangan dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Pasukan kita berusaha melakukan yang terbaik," katanya.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, konsurat jeneralnya di Kota Kinabalu menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan menggesa kerajaan supaya melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan pelancong.

Sebuah bot dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Pulau Menggalum dari Tanjung Aru pada kira-kira pukul 9.50 malam Sabtu, hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina.

Operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan beberapa pihak berkuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malayisia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan antara Pulau Mengalum dan Kota Kinabalu.

Masidi Manjun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain