suria

Jururawat Maut Kereta Dirempuh Lori

IPOH: Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah lori di kilometer 27 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian kira-kira 11.50 tengah hari itu, mangsa Norizan Harun, 33, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta yang dipandunya merempuh sebuah lori.

Kereta yang dipandu Norizan dari arah Ipoh itu tiba-tiba memasuki laluan lori terbabit yang datang dari arah bertentangan.

"Lori berkenaan cuba mengelak namun hilang kawalan lalu melanggar kereta Norizan sebelum ia terbalik dan melanggar dua lagi kenderaan lain yang datang dari arah Ipoh," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, pemandu lori serta pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penoreh Parah Diserah Lotong

Artikel Lain