suria

Debat 25 Mac: Sinar Harian-Polis Dah Bincang

SHAH ALAM: Sinar Harian selaku penganjur program Dialog Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz telah mengadakan perbincangan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar menjelaskan perjalanan program yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac ini.

Ketua Pengarangnya, Norden Mohamed berkata, surat pemakluman rasmi melibatkan bekas perdana menteri dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu juga telah dihantar menerusi faksimili ke IPD Kuala Kangsar, pagi Jumaat.

“Berdasarkan perbincangan dengan pihak IPD Kuala Kangsar, kita mendapat maklum balas sangat positif.  Mereka juga banyak membantu memberi nasihat dalam hal-hal berkaitan keselamatan dan apa yang wajar serta perlu kami lakukan bagi memastikan dialog berjalan secara aman dan lancar,” katanya seperti dipetik menerusi Sinar Harian, Sabtu.

Dialog akan diadakan di Dewan Dato' Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar bermula pukul 3 petang.

Mengulas lanjut, Norden berkata, Sinar Harian juga akan memastikan dialog dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

"Jika ada sebarang hal berbangkit yang memaksa kita untuk tidak melaksanakannya di Kuala Kangsar, dialog ini akan dibawa ke Shah Alam," katanya.





Sinar Harian, Mahathir, Nazri

Artikel Lain