KUCHING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara di Padang Merdeka di sini pagi Selasa. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.23 pagi sebelum sepasukan 13 anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan ambulans EMRS dari Balai Bomba Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian. “Mangsa Dina Dzulkarnain Asan, 29, telah dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. “Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pagi Selasa. - BERNAMA