suria

Pekerja positif Covid-19, pejabat SPR Sarawak ditutup hingga 2 Ogos

Pejabat SPR Sarawak ditutup sehingga 2 Ogos berikutan salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

PEJABAT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak ditutup sehingga 2 Ogos, selepas salah seorang kakitangannya didapati positif Covid-19.

Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, penutupan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau memberitahu, semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan rakan setugas yang dijangkiti virus itu, diarahkan untuk menjalani ujian swab.

Mereka juga diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

"Operasi pejabat SPR negeri akan ditutup sehingga berakhir tempoh kuarantin.

"Ini kerana tidak akan ada kakitangan yang bertugas sepanjang tempoh kuarantin," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ikmalrudin berkata, premis pejabat dan kawasan sekitarnya telah dibersihkan dan disinfeksi untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Sebarang urusan dan pertanyaan seperti pendaftaran pemilih, pemeriksaan daftar pemilih boleh dilakukan melalui saluran ini: spr dan pengundi spr , aplikasi Daftar MySPR, aplikasi MySPR Semak, hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau SMS ke 15888. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain