SEMUA pengguna lebuh raya akan diberikan pengecualian tol di lebuh raya di seluruh negara pada 23 Disember dan 26 Disember sempena sambutan Krismas, kata Datuk Seri Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kerja Raya itu membuat pengumuman tersebut pada Khamis. Kerajaan menanggung implikasi perbelanjaan sebanyak RM40 juta bagi pemberian tol percuma selama dua hari itu, sempena perayaan Krismas yang akan disambut Isnin depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube