HARI ini hampir setiap keluarga mempunyai Group WhatsApp sendiri untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Namun siapa sangka gelagat bersahaja seorang nenek yang pertama kali menggunakan aplikasi sembang itu berjaya mencuit hati netizen. Perkongsian video 'voice audio' seorang nenak yang berkata 'Assalamualaikum! Tak de orang jawab pun?' yang dikongsi Fatyn Farhanna di Twitternya mendapat 29,100 ulang kicau dan 18,500 tanda suka. ARTIKEL BERKAITAN: “Bila mak pusing belakang, abah dah siap sarung” - Ramai terhibur gelagat bapa 'rasmi' tudung baharu anak ARTIKEL BERKAITAN: Sayangkan cucu... nenek comel 'sound' gambar WhatsApp lidah terjelir, 'typo' tak ada hal! Fatyn Farhanna ketika dihubungi mStar berkata neneknya, Rohijah Othman teruja untuk mencuba aplikasi tersebut selepas dibelikan ibu saudaranya sebuah telefon bimbit baharu. "Mak Su belikan nenek handphone baharu yang boleh WhatsApp. Jadi nenek teringin nak guna. Kebetulan saya dan Mak Lang ada kat rumah nenek waktu tu, jadi kami pun ajarlah dia. Rohijah gemar bergurau dengan sesiapa sahaja terutamanya cucu-cucunya. "Tapi biasalah orang tua mata tak nampak sangat, kalau nak taip lambat. Kami cakap baik nenek guna voice note je. Jadi dia pun trylah. Kami suruh dia tekan sampai arrow voice note tu 'kembang' baru cakap. "Dia tekan. Dia cakap dah 'kembang' boleh cakap ke? Kami pun beritahu cakap je apa-apa. Itu yang dia kata Assalamualaikum! Tak de orang jawab pun?. Kami cakap nenek kena sabar sebab ni bukan call. Dua minit kemudian barulah ada orang jawab salam," katanya dalam nada berseloroh. Menurut Fatyn, neneknya yang berusia 72 tahun itu juga sudah pandai membuat panggilan video. "Kami ajar juga dia buat video call sebab untuk mudahkan dia. Dia cuba tekan... cuba terus jawab. Alhamdulillah dia dah pandai video call. Nenek memang kelakar dan sporting. Dia kalau dengan siapa-siapa tak kira cucu sendiri ke orang lain ke dia suka buat lawak. FATYN FARHANNA "Tapi dia masih kena ajar sikit-sikit sebab bila video call tu tiba-tiba nampak hidung je. Saya beritahu dia nenek belakang sikit sebab tak nampak muka. Jadi dia pun ikutkan je," katanya. Jelas gadis berusia 23 tahun itu, neneknya yang tinggal di Rumah Rakyat Juasseh, Kuala Pilah itu memang gemar berjenaka dengan sesiapa sahaja. "Nenek memang kelakar dan sporting. Dia kalau dengan siapa-siapa tak kira cucu sendiri ke orang lain ke dia suka buat lawak. "Tapi kalau dengan mak cik saya memang layanlah lawak dia tambah pula dengan loghat nogori dia memang menjadi," katanya yang rapat dengan neneknya itu sejak kecil lagi. Mengimbau kembali reaksi neneknya mengenai video voice notenya itu yang tular, Fatyn berkata neneknya benar-benar terkejut. Fatyn mengabadikan gambar bersama nenek dan datuknya yang tidak dapat hadir ke majlis konvokesyennya tahun lalu akibat masalah kesihatan. "Sepupu ada screen shot posting nenek dah masuk portal di FB. Saya pun beritahu nenek saya ada buat video apa dia cakap tu. Saya cakap wow nenek famouslah. "Lepas tu nenek cakap alamak macam mana ni. Habislah orang nak jumpa-jumpa datang rumah nanti. Saya pun cakap tak payah risau sebab tak ada orang datang rumah," katanya. Fatyn yang masih menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di sebuah universiti awam di Shah Alam tidak menduga perkongsiannya itu mendapat reaksi positif di kalangan netizen. "Saya memang tak expect viral sebab saya post untuk suka-suka dekat Twitter. Saya juga share video tu dekat Insta Story. "Lepas tu tiba-tiba dapat banyak retweet... memang luar biasa. Ramai yang cakap nenek saya comel. Terima kasih semua di atas komen positif itu," katanya. View this post on Instagram ‘Assalamuaikum! Tak de orang jawab pun?’ Alololo comelnya nenek adik ni ? . Sumber video Twitter Fatyn Farhanna #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Jul 9, 2019 at 8:18pm PDT