ENTAH gambar siapa yang dicedok dari internet, tapi si tukang kongsi pula yang menerima tempias gara-gara salah faham orang ramai. Begitulah senario yang melanda seorang pelajar, Muhamad Amir Hakimi Rozali, 21, apabila foto kulit ayam yang disarungkan pada tangan yang dimuat naik di Twitter miliknya menjadi tular. "Basuh ayam jap," tulis anak kelahiran Perak itu, disertakan dengan gambar berkenaan sehingga menerima lebih 13,000 ulang kicau (Retweet). ARTIKEL BERKAITAN: Belum layak bantu pesakit tapi bakal doktor sumbang 1,000 ekor ayam kepada 10 kampung - “Satu rumah 18 orang, tak cukup makanan” ARTIKEL BERKAITAN: Ayam punca kemalangan! Gadis terpaksa dibedah 3 kali, muka tertusuk cermin mata ketika edar taqwim bantu keluarga Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Amir mengakui sekadar berkongsi gambar yang ditemuinya di internet. Namun katanya, ada segelintir individu yang marah-marah dan menganggap dia seolah-olah sedang mempermainkan makanan. Amir mengakui tidak menghiraukan komen negatif yang diterima di Twitter. "Saya selalu post macam--macam di Twitter. Kali ni ramai pula yang tertipu. Ada yang marah kata jangan main-mainkan makanan. Ada kawan-kawan perempuan reply kata geli. "Netizen marah, saya gelak je. Saya pun tak kisah. Kadang-kadang bila buat lawak, ada orang tak suka, ada orang terasa. Ramai orang ingat saya buat. Saya pun tak sanggup buat, geli. MUHAMAD AMIR HAKIMI ROZALI SISWA USM "Ia bergantung atas individu itu. Saya tak bertanggungjawab atas apa yang mereka rasa," ujarnya. Menurut penuntut bidang Pengurusan dan Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM) itu lagi, setiap individu harus memiliki sifat terbuka dalam menggunakan media sosial. Posting tular yang dimuat naik di Twitter. Namun kata Amir, dia juga tidak terlepas menerima pelbagai komen-komen kurang manis menerusi beberapa siri perkongsian tweet sebelum ini. "Ada juga yang serang peribadi saya. Kutuk akaun Twitter saya. "Tapi gambar kulit ayam tu ramai yang terhibur, minoriti je terasa," ujarnya yang turut aktif berkongsi video cover nyanyian dia media sosial. Amir juga ada membuat video nyanyian di media sosial. Menurut Amir lagi, dia sendiri geli untuk bermain dengan kulit ayam sebagaimana dikongsi dalam foto itu. Jadi katanya, tuduhan orang ramai yang menganggap dia melakukan perbuatan itu adalah tidak berasas sama sekali. "Ramai orang ingat saya buat. Saya pun tak sanggup buat, geli," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!