suria

Sebelum kahwin dituduh mata duitan, selepas jadi isteri terbongkar suami hutang keliling pinggang! - “Majlis belah lelaki agak grand...”

Dakwa wanita itu, suaminya membuat pinjaman untuk majis perkahwinan mereka.

SEKADAR bertanya komitmen bulanan bakal suami, namun dia pula dituduh sebagai wanita mata duitan.

Enggan mengeruhkan keadaan, wanita itu tidak lagi bertanyakan hal berkenaan sehinggalah semuanya terbongkar selepas dia mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu.

Demikianlah luahan hati seorang wanita yang kini dikongsi sehingga tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ugut frame slip gaji tampal dalam rumah... esoknya suami teriak tak jadi tambah bini - “Taubat sampai syurga kata dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terdesak... tiada gaji kerana PKP, ada suami tapi dah lama tak beri nafkah - “Duit BPN dia bagi mak nak pergi umrah”

"Sebelum kahwin saya ada tanya bakal suami tentang komitmen bulanan dia. Tapi dia tak nak bagitahu. Dia rahsiakan.

"Bila saya tanya banyak kali, dia kata sejak bila saya jadi mata duitan? Kemudian saya dah tak tanya. Jadi selepas kahwin dengan dia, nak beli rumah jumpa pegawai bank baru dia declare hutang.

"Terkejut saya. Semua hutang dia ada. Personal loan RM30,000, kad kredit RM20,000," dakwa wanita itu.

Kata wanita itu, dia dituduh mata duitan akibat bertanya mengenai kewangan suaminya sebelum mereka berkahwin. -Gambar hiasan

Lebih mengejutkan katanya, pinjaman peribadi RM20,000 itu dibuat untuk membiayai majlis perkahwinan mereka.

Malah, perkara itu dibuat secara sembunyi di belakangnya, sekaligus membuktikan sangkaannya selama ini salah.

Bila saya tanya banyak kali, dia kata sejak bila saya jadi mata duitan? Kemudian saya dah tak tanya.

ISTERI MALANG

"Sebelum kahwin dia kata dia kumpul duit. Majlis belah lelaki agak grand buat di hotel.

"So saya ingat hasil kumpul duit selama tiga tahun. Lepas kahwin baru kantoi," luah wanita itu lagi.

Paparan skrin luahan itu dikongsi pelayar Twitter @alffm_ sehingga menerima lebih 13,000 ulang kicau (Retweet).

Wanita itu tidak menyangka suaminya sanggup buat pinjaman untuk majlis kahwin mereka. -Gambar hiasan

Malah, ramai netizen turut memberi pendapat mereka mengenai hal itu.

"Before kahwin please lah declare your commitment dekat partner masing-masing.

"Kesian. Yang dapat tempias nanti anak-anak juga.

"Ada lagi manusia berhutang sebab nak kahwin, nonsense. Ni bukan tahun 2005.

"Buat personal loan untuk kahwin ni sangatlah menjerat diri sendiri, majlis sehari, beban hutang bertahun-tahun," tulis netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, hutang, pinjaman, kahwin

Artikel Lain